Salam Sejahtera
Selamat datang ke Halaman Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia, bersyukur kita kepada Tuhan Yang Maha Esa dapat kita bersama-sama menjayakan
Laman Halaman ini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah mencetuskan revolusi di dalam era penyampaian maklumat dalam pelbagai aspek dengan lebih berkesan, pantas
dan efisien…
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia
Kita perlu sentiasa seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi agar tidak ketinggalan. Sebagai pekerja yang komited, kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersedia menghadapi apa bentuk cabaran sekalipun.
Berita dan Pengumuman
Mesyuarat Penambahbaikan Kertas Kerja Pakaian Seragam PPP Malaysia. bersama Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Malaysia di pengerusikan oleh Ketua Perkhidmatan PPP Malaysia En. Joseph Kajangan serta Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan Kebangsaaan
Exco Cawangan Negeri Selangor komited memberikan tumpuan terhadap pendaftaran ahli ahli baharu dikalangan PPP di seluruh Negeri Selangor dan tidak ketinggalan PPP Kontrak yang baru bertugas. Gambar adalah PPP Kontrak Fasa 9 yang di daftarkan oleh Bend
Satu sesi kunjungan hormat oleh Ahli Majlis Tertinggi bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM bagi mengutarakan permohonan dan tuntutan akar umbi berkaitan pembangunan profesion, elaun dan sebagainya.
Persidangan Perwakilan Dwitahunan kali ke 25 yang diadakan setiap 2 tahun bagi melantik Ahli Majlis Tertinggi Baharu termasuk mengadakan Mesyuarat Exco dan Perwakilan diadakan di Hotel Putra Regency Perlis pada tahun 30 Nov 2021 sehingga 1 Dis 2021
Sesi kunjungan hormat pihak KKPPPSM dan PPPM bertemu Yang Berhormat Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 8 Disember 2021. Turut hadir wakil Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Malaysia
Ahli Berdaftar
Tahniah kepada ahli berdaftar. Setiap ahli akan memperolehi faedah daripada Tabung Kebajikan Kesatuan. Beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian oleh ahli seperti:
Latar Belakang
Nama kesatuan yang telah ditubuhkan menurut Peraturan-Peraturan ini ialah KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (NUAMO) (yang disebut “Kesatuan” di dalam ini) untuk membantu pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam Terutama penjawat Penolong Pegawai Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahbaik kualiti kerja dan kehidupan dengan cara membantu menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi ahli-ahli kesatuan.
Pejabat Kesatuan ini yang didaftarkan dan tempat mesyuaratnya ialah di No. 28, Jalan TU 17, Taman Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
Presiden
Hj Mohd Zabidi bin Mohd Taha B.K.T
Timbalan Presiden
Hj M Shazan Amir bin Hj M Sakdon
Setiausaha Agong
Mohamad Nazir bin Ismail
Penolong Setiausaha Agong
Mohd Aidil bin Musa
Bendahari Agong
Hj Ahmad Faizun bin Yunus @Aziz
Penolong Bendahari Agong
Mohd Ngazuan bin Abdul Maei
Exco Wanita
Nurafizah binti Mohd Nor
Exco Wanita
Nadia binti Khalid
Perlembagaan Persatuan